22 November 2018

Kerinduan Bukan Satu Halangan

Assalamualaikum wbt.

Ya Allah betapa rindunya aku nak menulis blog. Allah izinkan aku malam ni untuk aku buka blogger & baca post-post lama yang dah di unpublished. Kreatifnya lah manusia bernama kiera ni dalam mengisi masa lapang, masa bujang.

Lebih kurang 8 tahun dulu, aku suka bercerita,  berkongsi. Rupanya apa yang aku kongsi bukan untuk org lain tapi untuk diri aku. Untuk aku tahu siapa aku pada masa lampau. Untuk aku hayati kenangan manis yg berpusar dalam memori yg aku dah lupa.

Tak salah untuk aku kongsi, bukan untuk semua org. Bila aku meluahkan sesuatu - perasaan,  situasi. Aku tahu apa yg terjadi pada aku dahulu. Aku tahu siapa manusia yg aku rapat dahulu. Untuk aku lebih menghargai.

Tapi aku lupa akan nilai itu. Aku lupa akan hasil itu. Aku lupa dengan masa sekeliling sampai kan aku lupa untuk diri aku. Aku lupa untuk hargai diri ini. Untuk aku luangkan sesaat untuk meluahkan apa yg aku rasa. Aku sibuk jalani kehidupan. Sedangkan aku tak tahu mana satu yg aku perlu utamakan.

Bila malam2 Allah bagi aku kelapangan. Barulah sekarang Allah bagi aku berfikir. Kenapa aku tak hargai apa yg aku ada dahulu? Aku rasa rugi. Aku rasa bodoh. Aku rasa rindu.

Rasa2 yg aku takkan dapat lagi sekarang. Aku lupa selalu. Betul masa mematangkan kita. Tapi masa juga tak boleh kembali pada masa yg kau suka. Hargai apa yg ada sekarang.

Perubahan demi perubahan berlaku. Dulu laptop lah teman aku. Sekarang aku buka blog dengan phone aku. Sesuatu yg aku juga rindu dan lupa nak hargai. Aku rindu kan kenaifan aku dalam menjalani sesuatu. Tidak tahu, mengikut, takut, ingin mencuba.

Maaf atas manusia yg aku lukai. Aku juga terluka. Adakah ada lagi manusia yg perlu aku hargai?

Sila contact aku segera. Supaya aku belajar erti penghargaan. (< klik link ink)

02 October 2016

Clever itu Bijak, Bijak is Clever

Assalamualaikum wbt
Bismillahirrahmanirrahim

Harini 'topik' kakyong untuk semua ialah 'BIJAK'.

Bijak Pandai ke?
Bijak Bestari ke?
Bijak macam Si Kancil ke?

Nak mula sesuatu tu yang penting kena "bijak".

Bijak Berfikir
✔ Bijak Memilih
✔ Bijak Mentafsir
✔ Bijak dalam Kata-Kata
✔ Bijak Dalam Segalanya

Adakah BIJAK ni perlu diperolehi di sekolah, kolej atau universiti? Tidak.

Bijak ni perlulah diperolehi tanpa melibatkan EMOSI SEMATA-MATA dan RASIONALISME.

Semuanya terpulang pada KITA sebelum bertindak melakukan sesuata baik percakapan atau perbuatan. Tidak MELULU & HENTAM SEMBRONO.

Fikir, Tanya Hati, Buat / Tidak.
Itu yang membezakan kita dengan KEBIJAKAN & KETIDAK-RASIONALISME.

Tiada istilah kau b*doh, aku b*doh. Tetapi yang membezakan adalah cara kita bertindak. Sama ada kita PAUSE / PEDULILAH!
Kerana setiap manusia ada pendirian dan pendapat masing2.

Kita boleh MEMILIH dimana letaknya kita disisi Allah & Manusia. Tindakan itu mesti seiring dengan *syarak dan ilmu.👈 *akan diulas berkenaan ini*

Wallahualam.