27 December 2012

Dengan Nama Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua readers yang dihormati! Echewah macam majlis formal lah pulak kan. Heee. 
Lately kiera tengah buat research tentang penggunaan lafaz bismillah dalam kehidupan harian. Mengkaji akan kekuatan, kehebatan, kelebihan dan bismillah itu adalah perisai buat umat islam.

Apa itu lafaz basmallah?

Lafaz ini terkandungnya nama Allah SWT iaitu ya-Rahman dan ya-Rahiim. Yang membawa maksud "Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan lagi Maha Penyayang". Kekuatannya berada disitu apabila kita menyeru nama Allah dan meyakini namanya yang agung dan yang sangat mulia untuk kita amalkan. 



Sabda Baginda s.a.w. lagi: "Ismullahil-A'zham ialah Allah. Apakah engkau tidak lihat bahawasanya pada semua pembacaan Al-Qur'an dimulai dengan Bismillaahir rahmaanir rahiim sebelum menyebut nama-nama Allah yang lain." (Riwayat Imam Bukhari dari Jabir )



Antara rahsia khasiat bismillah ini ialah:

  1.  Dibacakan Bismillah pada telinga orang yang pengsan sebanyak 41 kali, Insya’allah akan sedar dan kembali siuman.
  2. Supaya cepat hajatnya dikabulkan Allah, bacalah Bismillah dengan menghadap kiblat sehingga matahari terbenam selepas solat asar dalam keadaan bersih, suci dari hadas dan najis. Kemudian, mohonlah pada Allah hajatnya.
  3. Insya’allah segera dikabulkan Allah dengan kemurahan sifat Rahman dan Rahim-Nya.
  4. Agar sentiasa dilapangkan dan mudah urusan rezekinya serta disegani dan dimuliakan oleh makhluk,
  5. Perbanyakkan membaca Bismillah sebanyak 66 kali dengan memanjangkan lafaz jalalahnya dan membaca doa: ‘Ya Allah, bukakanlah bagiku pintu rahmatmu dan kurniamu serta rezekimu. Curahkanlah keatasku perasaan redha kepadamu dan bertakwa kepadamu. Mudahkanlah bagiku untuk memperoleh rezkimu dan sekalian makhlukmu, sesungguhnya engkau berkuasa ke atas setiap sesuatu’.
  6. Mengamalkan membaca Bismillah ketika hendak tidur sebanyak 21 kali nescaya aman dan bebas dari syaitan, kecurian, maut mengejut dan bala bencana.
  7. Membaca Bismillah ketika hendak menyetubuhi isterinya, kelak anaknya menjadi orang yang cerdas dan terbuka hati sehingga menjadi anak yang soleh.
  8. Membaca Bismillah pada hari Ahad disaat matahari terbit dengan menghadap kiblat sebanyak 313 kali dan selawat ke atas Nabi Muhammad sebanyak 100 kali, Allah menganugerahkan rezki padanya tanpa diduga sama sekali.
  9. Sabda Nabi Muhammad S.A.W: ‘Bahawa sesuatu perbuatan yang baik tanpa dimulai dengan Bismillah maka ia akan terputus dari rahmat Allah S.W.T’.
  10. Dalam riwayat yang lain Nabi Muhammad S.A.W bersabda: ‘Tiada seorang hamba yang mengucapkan Bismillah kecuali Allah memerintahkan malaikat yang bertugas mencatat amal manusia untuk mencatat dalam buku amalannya 400 kebaikan’.

Maka sesungguhnya apabila kita mengingati dan menyebut nama Allah, maka Allah akan mengingati, menolong, memudahkan atau meringankan pekerjaan yang kita laksanakan. Jadi bersama-samalah kita menyebut bismillah ye kawan-kawan. In shaa Allah :)







07 December 2012

Hati ini milik Dia

Assalamualaikum WBT

Hai semua, readers yang disayangi. Hmm nampak gayanya saya kena punish diri sendiri ni sebab dah lama sangat tak berjiwang kat blog ni. Bukan apa kadang-kadang buka blog dan teringin nak tulis entry. Tapi takde satu idea bernas pon yang timbul. 

Lagipun, sangat busy lately because of my extending studies and mase cuti haritu pon melangok kat rumah tak buat ape. So in this moment, in shaa Allah, Allah give me strength to write again.

Kali ini saya nak bercakap pasal hati ye. Rasanya semua manusia kat dalam dunia ada hatikan. Hati dan perasaan adalah 'adik beradik' yang takkan berpisah. Tuhan ciptakan hati ini supaya kita ade bermacam perasaan dan emosi untuk kita melakukan sesuatu dan bertindak.

Dalam konteks islam, hati adalah bahagian yang paling murni dan yang paling mulia dalam sesuatu. Hati juga membalik sesuatu ke posisi yang lain. Bermakna disini hati adalah bahagian yang paling mulia kepada seluruh makhluk yang memilikinya dan ia akan berbolak-balik / berubah haluan.

Jadi jangan salahkan diri atau orang lain kalau perasaan kita boleh berubah daripada yang itu kepada yang ini. Kerana terciptanya hati sebegitu rupa sifatnya. Maka selalulah berdoa agar ditetapkan hati ini.


Dalam islam sendiri hati ini terbahagi pada 4 kategori:
  1. Hati yang tidak berselaput dengan syak wasangka seolah ada lampu yang menerangi. Itulah hati seorang mukmin.
  2. Hati yang hitam dan tak menentu tempatnya. Itulah hati seorang kafir.
  3. Hati yang dibelenggu diatas kulitnya. Itulah hati seorang munafik.
  4. Hati yang mendatar padanya iman dan nifaq, maka perumpamaan iman yang meliputinya seperti sebatang sayuran yang disirami tawar dan perumpamaan nifaq yang ada padanya juga, seperti setompok kudis yang diselaputi oleh nanah dan darah busuk. Yang mana diantara keduanya yang berkuasa ke situlah hati akan tertarik. Hati yang tiada pendirian.


Maka, kita sebagai mukmin perlulah memilih jalan mana yang hati kita hendak bertapak. Sama ada bersih atau kotor, sama ada hitam atau putih. Allah mengurniakan hati ini untuk menguji kita. Supaya dapatkah kita menjaganya sebaik mungkin. Sesungguhnya hati ini milik Dia, peliharalah untuk-Nya.



13 October 2012

Bersabarlah

Assalam WBT

Bismillahirahmanirrahim, setelah sekian lama saya mendiamkan diri sejak Ogos lalu. Rasa tak lengkap hidup ni tanpa pengubat duka lara yang terpendam. Ingin sahaja setiap luahan hati ini dilempiaskan tapi tiada tempat yang lagi sempurna hanya pada Allah taala.

Dalam meniti kehidupan walau sesaat pelbagai perkara boleh berlaku, pelbagai perasaan boleh dirasa, pelbagai emosi akan terkeluar dan pelbagai perkara dalam fikiran akan menghantui. Mampukah kita untuk menangani hidup penuh konflik itu? Tiada manusia dalam dunia akan merasa tenang dan damai walau sedetik dan kalau dia mengakui pun itu hanya dia menipu diri sendiri.

"Hidup di dunia ini umpama dalam penjara." 

Iya saya setuju dengan kata-kata itu kerana tiada yang senang dalam dunia ini dan tiada yang mustahil akan berlaku. Apakah tujuan kita? Apakah perkara dan perangai yang sepatutnya kita lakukan? Adakah kita perlu tunjukkan semuanya? Adakah kita hendak terjadinya begitu? 

Semua persoalan itu mungkin akan terjawab pada diri sendiri dan pertolongan dari Allah SWT. Mungkin orang lain boleh membantu tapi dari segi fizikalnya sahaja. Yang paling penting adalah SABAR, SABAR, SABAR dan TERUS BERSABAR.

Telah dijanjikan oleh Allah orang yang bersabar itu akan mendapat ganjarannya didunia mahupun di akhirat. Bersabarlah untuk beribadah, bersabarlah untuk kemewahan, bersabarlah menempuh kemiskinan, bersabarlah untuk dicintai malah mencintai, bersabarlah untuk lapar, bersabarlah untuk belajar dan bekerja. Bersabarlah untuk segalanya maka anda akan lihat hasilnya nanti.

Sekarang saya bersabar untuk menunggu kertas terakhir final exam. Saya juga sedang bersabar untuk menahan lapar kerana duit sudah kering. Saya juga bersabar untuk melawan nafsu malas untuk beribadah kepada Allah dan bersabar untuk tahan marah kerana kawan saya pasang lagu umpama dalam club.

Cuma ucap Astaghfirullah. InsyaAllah anda akan tenang buat seketika dan cuba fikir akan jalan penyelesaiannya. Allah Maha Mendengar malah Maha Mengasihani. Dia akan menolong hambanya.

Selamat.



p/s: look up to your window and what you see?

03 August 2012

Dalil Yang Mewajibkan Memakai Purdah / Niqab (Part 2)

Dalil Yang Mewajibkan Memakai Purdah / Niqab (Part 1) 

 Bismillahirrahmanirrahim,

11. Ummu 'Athiyah berkata:

أُمِرْنَا أَنْ نُخْرِجَ الْحُيَّضَ يَوْمَ الْعِيدَيْنِ وَذَوَاتِ الْخُدُورِ فَيَشْهَدْنَ جَمَاعَةَ الْمُسْلِمِينَ وَدَعْوَتَهُمْ وَيَعْتَزِلُ الْحُيَّضُ عَنْ مُصَلَّاهُنَّ قَالَتِ امْرَأَةٌ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِحْدَانَا لَيْسَ لَهَا جِلْبَابٌ قَالَ لِتُلْبِسْهَا صَاحِبَتُهَا مِنْ جِلْبَابِهَا
“Pada dua hari raya, kami diperintahkan untuk mengeluarkan wanita-wanita haidh dan gadis-gadis pingitan untuk menghadiri jamaah kaum muslimin dan doa mereka. Tetapi wanita-wanita haidh menjauhi tempat shalat mereka. Seorang wanita bertanya: "Wahai Rasulullah, seorang wanita di antara kami tidak memiliki jilbab (bolehkan dia keluar)?" Baginda menjawab: "Hendaklah kawannya meminjamkan jilbabnya untuk dipakai wanita tersebut."” (HR. al-Bukhari dan Muslim)

Hadits ini menunjukkan kebiasaan wanita sahabat keluar rumah memakai jilbab. Dan Rasulullah tidak mengizinkan wanita keluar rumah tanpa jilbab, walaupun dalam perkara yang diperintahkan agama. Maka hal ini menjadi dalil untuk menutupi diri. (Lihat Risalah Al Hijab, hal 15, karya Syaikh Muhammad bin Shalih Al-'Utsaimin, penerbit Darul Qasim).

12. 'Aisyah radhiallahu ‘anha berkata:

كُنَّ نِسَاءُ الْمُؤْمِنَاتِ يَشْهَدْنَ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَاةَ الْفَجْرِ مُتَلَفِّعَاتٍ بِمُرُوطِهِنَّ ثُمَّ يَنْقَلِبْنَ إِلَى بُيُوتِهِنَّ حِينَ يَقْضِينَ الصَّلَاةَ لَا يَعْرِفُهُنَّ أَحَدٌ مِنَ الْغَلَسِ
Dahulu wanita-wanita mukmin biasa menghadiri shalat subuh bersama Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, mereka menutupi tubuh mereka dengan selimut. Kemudian mereka kembali ke rumah-rumah mereka ketika telah menyelesaikan shalat. Tidak ada seorang pun mengenal mereka kerana gelap.” (HR. al-Bukhari dan Muslim)

Menutupi diri merupakan kebiasaan wanita sahabat yang merupakan teladan terbaik. Maka kita tidak boleh menyimpang dari jalan mereka itu. (Lihat Risalah Al Hijab, hal 16-17, karya Syaikh Muhammad bin Shalih Al 'Utsaimin, penerbit Darul Qasim).

13. Perkataan 'Aisyah: "Seandainya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam melihat wanita-wanita (di zaman ini) apa yang kita lihat, nescaya beliau melarang para wanita ke masjid, sebagaimana Bani Israil dahulu melarang para wanita mereka." Diriwayatkan juga seperti ini dari Abdullah bin Mas'ud radhiallahu ‘anhu.

Dari riwayat ini diketahui bahawa setiap perkara yang mengakibatkan sesuatu yang berbahaya maka hal itu dilarang. Kerana membuka wajah bagi wanita akan mengakibatkan bahaya, maka terlarang. (Lihat Risalah Al Hijab, hal 17, karya Syaikh Muhammad bin Shalih Al-'Utsaimin, penerbit Darul Qasim).

Kenapa Kau Berpurdah ?

Bismillah,

*Ingin berkongsi sedikit pengalaman. Enjoy~

Orang selalu bertanya "Kenapa kau berpurdah?" Saya selalu pelik kerana yang bertanya itu adalah Islam. Kenapa tanya soalan macam tu? Sebab jika Islam, mesti sudah mengetahui kenapa dan perlunya. Saya berfikir sejenak apa yang perlu aku jawab dan mudah sahaja untuk aku berkata,

 "Allah suruh dan Nabi Muhammad adalah pesuruhNya!"

Mungkin mereka masih belum mengerti lagi apa maksud sebenar. Maka aku pun dalam kebuntuan untuk membidas kata-kata mereka berkata begini. 

Jika makanan tak ditutup apa akan jadi pada makanan tu? Kotor dan mungkin dihurung lalatkan. Mesti makanan tu sudah tak boleh dimakan lagi kerana tidak bersih dan mungkin juga perlu dibuang. Makanan itu sama juga seperti seorang perempuan, jika tidak ditutup dibiarkan terdedah maka banyak kotoran iaitu dosa akan melekat pada dia. Sudah dinyatakan dalam hadis dan dalil, seorang perempuan itu mestilah menutup aurat. Dan juga kalau dibiarkan terbuka akan ada banyaklah lelaki-lelaki akan cuba dekat kerana teruja dengan badannya yang terdedah, maka itu adalah pintu kepada maksiat. Maka kalau terjadinya kemungkaran dan terlanjurnya seorang perempuan itu, keperawanannya pun turut hilang dan mungkin tak berguna lagi. Bahagian-bahagian yang terdedah itu mungkin sudah luak ditayangkan kepada yang bukan muhrim dan apabila dapat kepada suaminya adalah bekas-bekas pandangan orang lain atau mungkin bekas pegangan orang lain.

Lepas ni jangan tanya kenapalah saya berniqab dan menutup semuanya kerana sudah terang lagi bersuluh secara logik akalnya kita boleh berfikir mana yang perlu mana yang tidak dan juga mana yang buruk mana yang tak. Jangan terlalu kecilkan dan sempitkan pemikiran ini mengikut pandangan umum tetapi berfikirlah dari sudut kebaikan itu sendiri dan apa yang dituntut dalam Islam. Jangan jadi Melayu Islam yang soo tipikal tapi jadilah seorang yang berfikiran terbuka dan ada perasaan ingin maju kehadapan. Barulah kita tidak diperlekehkan dan terus jauh dari arah kemodenisasi Islam yang sebenar.

Fikirkan~


02 August 2012

Today is Friday

Bismillahirrahmanirrahim, 

Jumaat menjadi saksi tunduk aku kepadaMu
Jumaat menjadi saksi cintaku kepadaMu,
Jumaat menjadi saksi agungnya kuasaMu,
Jumaat menjadi saksi aku umat nabiMu.

Jumaat menjadi penentu taat aku kepadaMu, 
Jumaat menjadi tali untuk aku berjumpa denganMu,
Jumaat menjadi hari aku sujud dihadapanMu,
Jumaat hari yang Engkau kurniakan kepadaku.


Hidup Ini MilikNya

Assalam, 


Alhamdulillah sudah masuk minggu ke-2 kita berpuasa dalam Ramadhan yang mulia ini. InsyaAllah ana berharap tahun ini dapatlah puasa penuhkan. heee~

Dalam masa kita sibuk menunaikan ibadah yang tidak putus-putus ini. Tuntutan dunia pun perlu ditunaikan. Macam ana sekarang, sibuk dengan assignment, project, test, quiz dan akan datang mid-exam pulak. 
Oh susah sungguh menunaikan tanggungjawab sebagai seorang pelajar ini tapi itulah tanggungjawab ana yang utama.

Ana sangat runsing sekarang, peluang masa dan waktu yang Allah bagi dekat dunia ini seolah tidak cukup buat ana. Untuk beribadat kepadaNya, mengejar ilmuNya, mengejar cita-cita dan impian. Dimana ruang utu wujud bagi aku untuk melakukan semuanya. Wallahualam.

Hanya Allah SWT yang tahu kerana diri ini milikNya.

Jazakumullah.


20 July 2012

Inilah Masanya Kita Untuk Bertaubat

Bulan Untuk Bertaubat

Sebagai seorang Muslim, kedatangan Ramadhan merupakan peluang terbaik untuk kita bertaubat dan meninggalkan segala bentuk macam maksiat yang boleh mengongcangkan iman kita. Bulan Ramadhan merupakan satu lembaran baru kepada kita untuk kembali kepada jalan Allah Ta’ala dalam menegakkan segala perintahnya dan meninggalkan larangannya sama sekali. Berazam dan meninggalkan segala bentuk maksiat dan dosa yang telah kita lakukan merupakan perkara yang semestinya diwajibkan kepada diri kita di bulan yang mulia ini.Bulan Ramadhan merupakan bulan Taubat kerana padanya pelbagai ganjaran ditawarkan bagi sesiapa yang menghidup siang dan malamnya dengan ibadah dan mengaharapkan keampunan dari Allah.
Sekiranya kita tidak bertaubat pada bulan yang mulia ini,maka bila lagi kita akan bertaubat???
Allah Ta’ala telah berfirman:
(وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعاً أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ)
“Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” Surah An-Nur: 31.
(يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا تُوبُوا إِلَى اللَّهِ تَوْبَةً نَّصُوحا)
“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan ” Taubat Nasuha”(taubat yang sebenar-benarnya).” Surah At-Tahrim:8.
SILA KLIK UNTUK BACA LEBIH LANJUT

Bismillahirrahmanirrahim, 
Alhamdulillah Ramadhan datang menjelma jua. 
Sepertinya ana tidak bersabar menjalani puasa dibulan penuh kerahmatan dan sangat diberkati. Ana menanti hari demi hari dan akhirnya besok sudah berpuasa kita semua. Sesungguhnya kita hamba yang hina ini haruslah dekat pada Dia Yang Maha Esa. Bukan hanya berpuasa disiang hari, menahan lapar dan dahaga. Tapi bila masuk waktu mengikut hawa nafsu serakah membazir tak tentu hala. Sudah lah tu tak beribadat pula, zikir dan selawat tak pernahnya sekali. Buat maksiat bila-bila masa, tak kira dosa pahala.
MasyaAllah lemahnya iman kita. Bulan puasa inilah masanya kita semua muhasabah dan bertaubat. Memohon keampunan yang terlampau. Sesungguhnya pintu kemaafan dan taubat terbuka luas pada bulan yang indah ini. Subhanallah Maha Suci Allah, Allah Maha Pengampun. Kita yang hina ini rasa tidak layak diampuni oleh Dia. Dengan lalai dan lupa kepadaNya. 

Bersama kita bersujud kepadaNya, menadah tangan berdoa kepadaNya. Beribadah dan istiqamah hanya untuk Dia. Berdoa diatas nama nabiNya, "Ya Muhammad akulah umatmu yang tulus dan tunduk kepada Allah SWT. Aku cinta kepadamu wahai Rasulullah dan aku cinta kepada Allah yang Maha Pencipta.
Sayu sungguh hati ini mengenang betapa kerdil kita disisinya. Sungguh hati ini sedih Islam diperlekehkan. Ya Allah, Engkau permudahkanlah perjuangan kami dalam menegakkan agamaMu. Aku tak mahu lagi agamaMu dianggap hina dimata dunia. Sesungguhnya agamaMu, agama yang benar. Yang satu-satunya. 
Tidak dapat aku meneruskan penulisan ini kerana aku terlalu sedih mengenang siapa aku, siapa nabiku dan siapa tuhanku. Aku bersujud kerana cintaMu.......

02 July 2012

Sahabat Sejati

Assalam para mukminin, 

Bismillahirahmanirrahim.

Aku sedar akan diri ini. Hina, keji. Tapi kerana berdirinya seorang sahabat. Waktu duka, waktu suka. Aku bangga adanya kamu. Allah mengizinkan persahabatandan ukhwah ini terus utuh. Semoga terjalinnya ini perubahan dan keajaiban akan berlaku. Insyaallah.

Aku berdoa setulus hati agar sentiasa disisi-Mu bersama sahabat ini. Selalu ada untuk mengubat hati ini. Mendengar luka ini. Bersama menangis. Aku bangga kepada sahabat. Sayang ini tidak pernah hinggap sekiranya tiada keihlasan yang tinggi dalam diri ini. Sesungguhnya apa yang terjadi kerana izinNya.

Rasulullah s.a.w. juga sayang akan sahabat-sahabatnya. Percaya akan sahabatnya. Inikan kita manusia hina, hamba Allah SWT. Semoga doa ini dikabuli olehMu kerana aku tidak mahu hilang perasaan ini. 

Untuk sahabat.

01 July 2012

Besarnya Dugaan

Bismillahirahmanirrahim,

Assalam, Allah itu Maha Mengasihani malah Dia Maha Menyayangi. Sungguh besar dugaan yang aku harus tempuh. Dengan permulaan yang baharu, aku mesti belajar menempuhnya. Sungguh berat kaki ini ingin melangkah, sungguh kaku mata ni untuk melihat dunia. Tetapi dengan secebis iman aku hadapi jua.

Alhamdulillah, berkat doa ibuku, berkat doa ayahku, berkat doa sahabat-sahabat ku dan berkat doa orang yang ku sayang. Penerimaan itu sungguh besar buatku. Aku hargai setiap kata-kata, aku hargai setiap tangis, aku hargai setiap pujian. Terima kasih, syukur Ya Allah. Ingin aku sembah sujud syukur kerana-Mu.

Ketenangan yang tak dapat dirasai, kenikmatan yang tidak tergambar. Akhinya aku berpijak di bumi ini. Milik-Mu. Syukran.


29 June 2012

Hijrahku

 Bismillahirahmanirrahim,

Sesungguhnya petunjuk dan dugaan Allah SWT itu terlalu besar untukku. Jika itu kehendakNya maka terjadilah ia. Jentikan hati ini membuat aku berfikir sejenak akan azab akhirat. Sungguh aku menyesali setiap perbuatan yang telah aku lakukan. Tidak sanggup untuk aku imbas satu persatu kerana ia terlalu keji.

Bersyukurku kerana aku umat Nabi Muhammad s.a.w, yang sungguh mulia disisi Allah dan segenap alam ini. Aku bertekad untuk berhijrah. Lari dari 'typical' yang melalaikan seluruh umat Islam sekarang. Aku ingin lari dari keji mengkeji, fitnah memfitnah, hasad dengki, hawa nafsu. Semoga aku diperlihara dari semua itu.

Hinanya aku sebagai hamba Allah SWT. Inginku sujud hanya padaNya. Ingin aku sembah hanya kepadaNya. Semoga penghijrahanku ini diberkati dan diredhai olehMu, Ya Allah. Ingin aku kembali pada diriku yang asal. Iaitu TAAT kepadaMU.

Dengan 'penghijrahan' ini, aku ingin selalu dekat denganMu. Walau sedetik aku lupa kepadaMu. Terimalah taubatku. Semoga keluargaku meredhai akan hal ini.Semoga rakan-rakanku dapat menerima aku. Semoga aku dapat berhadapan dengan sekelian umatMu. Semoga aku diterima olehMu.

Amin, amin, yarabbalalamin.


p/s: wajahku, diriku hanya milikMu.



11 April 2012

Jangan Datang Lagi !

Sedangku melewati petang yang hening. Sejuk menikam jiwa tatkala baru mandi pada waktu tu. Relaks menonton paranormal activity 3. Tiba-tiba terasa katilku bergoyang. 1min... 2min...3min...4min...berhenti!

Kehadiran yang sedikit itulah menggemparkan dunia kita hari ini. Tsunami melanda lagi!!?? Gempa bumi muncul dulu. Lalu bencana besar bakal menyusul. Berderau jantungku tatkala mendengar berita dan perasaan sekejap tadi. Ingin rase lari dari dunia ni. Tak sanggup berterusan tinggal dengan kejadian yang bakal menimpa.

Sebak datang bertali arus. Keluarga jauh dimata. Satu di Pahang, satu lagi di Johor. Jauhnya... Takut tak sempat mengucup  kedua dahi mereka. Tak sempat memohon maaf menghabiskan sisa-sisa hidup bersama mereka. Ya Allah ampukanlah segala dosaku.

Mengingatkan orang yang aku sayang. Orang yang aku care. Orang yang aku nak sangat jumpa. Takut tak sempat bersua sekali lagi. Aku nak kau tahu. Aku sayang kau sangat. Aku menanti untuk bertemu tapi takut tak sempat. Aku sayang kau kawan. Aku sayang kau wahai cinta. Aku sayang kau wahai crush.