29 June 2012

Hijrahku

 Bismillahirahmanirrahim,

Sesungguhnya petunjuk dan dugaan Allah SWT itu terlalu besar untukku. Jika itu kehendakNya maka terjadilah ia. Jentikan hati ini membuat aku berfikir sejenak akan azab akhirat. Sungguh aku menyesali setiap perbuatan yang telah aku lakukan. Tidak sanggup untuk aku imbas satu persatu kerana ia terlalu keji.

Bersyukurku kerana aku umat Nabi Muhammad s.a.w, yang sungguh mulia disisi Allah dan segenap alam ini. Aku bertekad untuk berhijrah. Lari dari 'typical' yang melalaikan seluruh umat Islam sekarang. Aku ingin lari dari keji mengkeji, fitnah memfitnah, hasad dengki, hawa nafsu. Semoga aku diperlihara dari semua itu.

Hinanya aku sebagai hamba Allah SWT. Inginku sujud hanya padaNya. Ingin aku sembah hanya kepadaNya. Semoga penghijrahanku ini diberkati dan diredhai olehMu, Ya Allah. Ingin aku kembali pada diriku yang asal. Iaitu TAAT kepadaMU.

Dengan 'penghijrahan' ini, aku ingin selalu dekat denganMu. Walau sedetik aku lupa kepadaMu. Terimalah taubatku. Semoga keluargaku meredhai akan hal ini.Semoga rakan-rakanku dapat menerima aku. Semoga aku dapat berhadapan dengan sekelian umatMu. Semoga aku diterima olehMu.

Amin, amin, yarabbalalamin.


p/s: wajahku, diriku hanya milikMu.



4 comments:

_aLiaHwaFa_ said...

wahh kira nak pakai purdah dah ke? all the best weh :)

♥ Nana BamBam ♥ said...

Alhamdulillah hirobbil'alamin

Syukur....semoga dengan penghijrahanmu itu mendapat keredhaan Allah SWT...amin..

i'm ezza haniza said...

alhamdullilahhh adikku :)

NDBJ said...

alhamdulillah .. happy to hear that sayang