20 July 2012

Inilah Masanya Kita Untuk Bertaubat

Bulan Untuk Bertaubat

Sebagai seorang Muslim, kedatangan Ramadhan merupakan peluang terbaik untuk kita bertaubat dan meninggalkan segala bentuk macam maksiat yang boleh mengongcangkan iman kita. Bulan Ramadhan merupakan satu lembaran baru kepada kita untuk kembali kepada jalan Allah Ta’ala dalam menegakkan segala perintahnya dan meninggalkan larangannya sama sekali. Berazam dan meninggalkan segala bentuk maksiat dan dosa yang telah kita lakukan merupakan perkara yang semestinya diwajibkan kepada diri kita di bulan yang mulia ini.Bulan Ramadhan merupakan bulan Taubat kerana padanya pelbagai ganjaran ditawarkan bagi sesiapa yang menghidup siang dan malamnya dengan ibadah dan mengaharapkan keampunan dari Allah.
Sekiranya kita tidak bertaubat pada bulan yang mulia ini,maka bila lagi kita akan bertaubat???
Allah Ta’ala telah berfirman:
(وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعاً أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ)
“Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” Surah An-Nur: 31.
(يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا تُوبُوا إِلَى اللَّهِ تَوْبَةً نَّصُوحا)
“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan ” Taubat Nasuha”(taubat yang sebenar-benarnya).” Surah At-Tahrim:8.
SILA KLIK UNTUK BACA LEBIH LANJUT

Bismillahirrahmanirrahim, 
Alhamdulillah Ramadhan datang menjelma jua. 
Sepertinya ana tidak bersabar menjalani puasa dibulan penuh kerahmatan dan sangat diberkati. Ana menanti hari demi hari dan akhirnya besok sudah berpuasa kita semua. Sesungguhnya kita hamba yang hina ini haruslah dekat pada Dia Yang Maha Esa. Bukan hanya berpuasa disiang hari, menahan lapar dan dahaga. Tapi bila masuk waktu mengikut hawa nafsu serakah membazir tak tentu hala. Sudah lah tu tak beribadat pula, zikir dan selawat tak pernahnya sekali. Buat maksiat bila-bila masa, tak kira dosa pahala.
MasyaAllah lemahnya iman kita. Bulan puasa inilah masanya kita semua muhasabah dan bertaubat. Memohon keampunan yang terlampau. Sesungguhnya pintu kemaafan dan taubat terbuka luas pada bulan yang indah ini. Subhanallah Maha Suci Allah, Allah Maha Pengampun. Kita yang hina ini rasa tidak layak diampuni oleh Dia. Dengan lalai dan lupa kepadaNya. 

Bersama kita bersujud kepadaNya, menadah tangan berdoa kepadaNya. Beribadah dan istiqamah hanya untuk Dia. Berdoa diatas nama nabiNya, "Ya Muhammad akulah umatmu yang tulus dan tunduk kepada Allah SWT. Aku cinta kepadamu wahai Rasulullah dan aku cinta kepada Allah yang Maha Pencipta.
Sayu sungguh hati ini mengenang betapa kerdil kita disisinya. Sungguh hati ini sedih Islam diperlekehkan. Ya Allah, Engkau permudahkanlah perjuangan kami dalam menegakkan agamaMu. Aku tak mahu lagi agamaMu dianggap hina dimata dunia. Sesungguhnya agamaMu, agama yang benar. Yang satu-satunya. 
Tidak dapat aku meneruskan penulisan ini kerana aku terlalu sedih mengenang siapa aku, siapa nabiku dan siapa tuhanku. Aku bersujud kerana cintaMu.......

02 July 2012

Sahabat Sejati

Assalam para mukminin, 

Bismillahirahmanirrahim.

Aku sedar akan diri ini. Hina, keji. Tapi kerana berdirinya seorang sahabat. Waktu duka, waktu suka. Aku bangga adanya kamu. Allah mengizinkan persahabatandan ukhwah ini terus utuh. Semoga terjalinnya ini perubahan dan keajaiban akan berlaku. Insyaallah.

Aku berdoa setulus hati agar sentiasa disisi-Mu bersama sahabat ini. Selalu ada untuk mengubat hati ini. Mendengar luka ini. Bersama menangis. Aku bangga kepada sahabat. Sayang ini tidak pernah hinggap sekiranya tiada keihlasan yang tinggi dalam diri ini. Sesungguhnya apa yang terjadi kerana izinNya.

Rasulullah s.a.w. juga sayang akan sahabat-sahabatnya. Percaya akan sahabatnya. Inikan kita manusia hina, hamba Allah SWT. Semoga doa ini dikabuli olehMu kerana aku tidak mahu hilang perasaan ini. 

Untuk sahabat.

01 July 2012

Besarnya Dugaan

Bismillahirahmanirrahim,

Assalam, Allah itu Maha Mengasihani malah Dia Maha Menyayangi. Sungguh besar dugaan yang aku harus tempuh. Dengan permulaan yang baharu, aku mesti belajar menempuhnya. Sungguh berat kaki ini ingin melangkah, sungguh kaku mata ni untuk melihat dunia. Tetapi dengan secebis iman aku hadapi jua.

Alhamdulillah, berkat doa ibuku, berkat doa ayahku, berkat doa sahabat-sahabat ku dan berkat doa orang yang ku sayang. Penerimaan itu sungguh besar buatku. Aku hargai setiap kata-kata, aku hargai setiap tangis, aku hargai setiap pujian. Terima kasih, syukur Ya Allah. Ingin aku sembah sujud syukur kerana-Mu.

Ketenangan yang tak dapat dirasai, kenikmatan yang tidak tergambar. Akhinya aku berpijak di bumi ini. Milik-Mu. Syukran.