13 October 2012

Bersabarlah

Assalam WBT

Bismillahirahmanirrahim, setelah sekian lama saya mendiamkan diri sejak Ogos lalu. Rasa tak lengkap hidup ni tanpa pengubat duka lara yang terpendam. Ingin sahaja setiap luahan hati ini dilempiaskan tapi tiada tempat yang lagi sempurna hanya pada Allah taala.

Dalam meniti kehidupan walau sesaat pelbagai perkara boleh berlaku, pelbagai perasaan boleh dirasa, pelbagai emosi akan terkeluar dan pelbagai perkara dalam fikiran akan menghantui. Mampukah kita untuk menangani hidup penuh konflik itu? Tiada manusia dalam dunia akan merasa tenang dan damai walau sedetik dan kalau dia mengakui pun itu hanya dia menipu diri sendiri.

"Hidup di dunia ini umpama dalam penjara." 

Iya saya setuju dengan kata-kata itu kerana tiada yang senang dalam dunia ini dan tiada yang mustahil akan berlaku. Apakah tujuan kita? Apakah perkara dan perangai yang sepatutnya kita lakukan? Adakah kita perlu tunjukkan semuanya? Adakah kita hendak terjadinya begitu? 

Semua persoalan itu mungkin akan terjawab pada diri sendiri dan pertolongan dari Allah SWT. Mungkin orang lain boleh membantu tapi dari segi fizikalnya sahaja. Yang paling penting adalah SABAR, SABAR, SABAR dan TERUS BERSABAR.

Telah dijanjikan oleh Allah orang yang bersabar itu akan mendapat ganjarannya didunia mahupun di akhirat. Bersabarlah untuk beribadah, bersabarlah untuk kemewahan, bersabarlah menempuh kemiskinan, bersabarlah untuk dicintai malah mencintai, bersabarlah untuk lapar, bersabarlah untuk belajar dan bekerja. Bersabarlah untuk segalanya maka anda akan lihat hasilnya nanti.

Sekarang saya bersabar untuk menunggu kertas terakhir final exam. Saya juga sedang bersabar untuk menahan lapar kerana duit sudah kering. Saya juga bersabar untuk melawan nafsu malas untuk beribadah kepada Allah dan bersabar untuk tahan marah kerana kawan saya pasang lagu umpama dalam club.

Cuma ucap Astaghfirullah. InsyaAllah anda akan tenang buat seketika dan cuba fikir akan jalan penyelesaiannya. Allah Maha Mendengar malah Maha Mengasihani. Dia akan menolong hambanya.

Selamat.



p/s: look up to your window and what you see?