27 December 2012

Dengan Nama Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua readers yang dihormati! Echewah macam majlis formal lah pulak kan. Heee. 
Lately kiera tengah buat research tentang penggunaan lafaz bismillah dalam kehidupan harian. Mengkaji akan kekuatan, kehebatan, kelebihan dan bismillah itu adalah perisai buat umat islam.

Apa itu lafaz basmallah?

Lafaz ini terkandungnya nama Allah SWT iaitu ya-Rahman dan ya-Rahiim. Yang membawa maksud "Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan lagi Maha Penyayang". Kekuatannya berada disitu apabila kita menyeru nama Allah dan meyakini namanya yang agung dan yang sangat mulia untuk kita amalkan. 



Sabda Baginda s.a.w. lagi: "Ismullahil-A'zham ialah Allah. Apakah engkau tidak lihat bahawasanya pada semua pembacaan Al-Qur'an dimulai dengan Bismillaahir rahmaanir rahiim sebelum menyebut nama-nama Allah yang lain." (Riwayat Imam Bukhari dari Jabir )



Antara rahsia khasiat bismillah ini ialah:

  1.  Dibacakan Bismillah pada telinga orang yang pengsan sebanyak 41 kali, Insya’allah akan sedar dan kembali siuman.
  2. Supaya cepat hajatnya dikabulkan Allah, bacalah Bismillah dengan menghadap kiblat sehingga matahari terbenam selepas solat asar dalam keadaan bersih, suci dari hadas dan najis. Kemudian, mohonlah pada Allah hajatnya.
  3. Insya’allah segera dikabulkan Allah dengan kemurahan sifat Rahman dan Rahim-Nya.
  4. Agar sentiasa dilapangkan dan mudah urusan rezekinya serta disegani dan dimuliakan oleh makhluk,
  5. Perbanyakkan membaca Bismillah sebanyak 66 kali dengan memanjangkan lafaz jalalahnya dan membaca doa: ‘Ya Allah, bukakanlah bagiku pintu rahmatmu dan kurniamu serta rezekimu. Curahkanlah keatasku perasaan redha kepadamu dan bertakwa kepadamu. Mudahkanlah bagiku untuk memperoleh rezkimu dan sekalian makhlukmu, sesungguhnya engkau berkuasa ke atas setiap sesuatu’.
  6. Mengamalkan membaca Bismillah ketika hendak tidur sebanyak 21 kali nescaya aman dan bebas dari syaitan, kecurian, maut mengejut dan bala bencana.
  7. Membaca Bismillah ketika hendak menyetubuhi isterinya, kelak anaknya menjadi orang yang cerdas dan terbuka hati sehingga menjadi anak yang soleh.
  8. Membaca Bismillah pada hari Ahad disaat matahari terbit dengan menghadap kiblat sebanyak 313 kali dan selawat ke atas Nabi Muhammad sebanyak 100 kali, Allah menganugerahkan rezki padanya tanpa diduga sama sekali.
  9. Sabda Nabi Muhammad S.A.W: ‘Bahawa sesuatu perbuatan yang baik tanpa dimulai dengan Bismillah maka ia akan terputus dari rahmat Allah S.W.T’.
  10. Dalam riwayat yang lain Nabi Muhammad S.A.W bersabda: ‘Tiada seorang hamba yang mengucapkan Bismillah kecuali Allah memerintahkan malaikat yang bertugas mencatat amal manusia untuk mencatat dalam buku amalannya 400 kebaikan’.

Maka sesungguhnya apabila kita mengingati dan menyebut nama Allah, maka Allah akan mengingati, menolong, memudahkan atau meringankan pekerjaan yang kita laksanakan. Jadi bersama-samalah kita menyebut bismillah ye kawan-kawan. In shaa Allah :)







07 December 2012

Hati ini milik Dia

Assalamualaikum WBT

Hai semua, readers yang disayangi. Hmm nampak gayanya saya kena punish diri sendiri ni sebab dah lama sangat tak berjiwang kat blog ni. Bukan apa kadang-kadang buka blog dan teringin nak tulis entry. Tapi takde satu idea bernas pon yang timbul. 

Lagipun, sangat busy lately because of my extending studies and mase cuti haritu pon melangok kat rumah tak buat ape. So in this moment, in shaa Allah, Allah give me strength to write again.

Kali ini saya nak bercakap pasal hati ye. Rasanya semua manusia kat dalam dunia ada hatikan. Hati dan perasaan adalah 'adik beradik' yang takkan berpisah. Tuhan ciptakan hati ini supaya kita ade bermacam perasaan dan emosi untuk kita melakukan sesuatu dan bertindak.

Dalam konteks islam, hati adalah bahagian yang paling murni dan yang paling mulia dalam sesuatu. Hati juga membalik sesuatu ke posisi yang lain. Bermakna disini hati adalah bahagian yang paling mulia kepada seluruh makhluk yang memilikinya dan ia akan berbolak-balik / berubah haluan.

Jadi jangan salahkan diri atau orang lain kalau perasaan kita boleh berubah daripada yang itu kepada yang ini. Kerana terciptanya hati sebegitu rupa sifatnya. Maka selalulah berdoa agar ditetapkan hati ini.


Dalam islam sendiri hati ini terbahagi pada 4 kategori:
  1. Hati yang tidak berselaput dengan syak wasangka seolah ada lampu yang menerangi. Itulah hati seorang mukmin.
  2. Hati yang hitam dan tak menentu tempatnya. Itulah hati seorang kafir.
  3. Hati yang dibelenggu diatas kulitnya. Itulah hati seorang munafik.
  4. Hati yang mendatar padanya iman dan nifaq, maka perumpamaan iman yang meliputinya seperti sebatang sayuran yang disirami tawar dan perumpamaan nifaq yang ada padanya juga, seperti setompok kudis yang diselaputi oleh nanah dan darah busuk. Yang mana diantara keduanya yang berkuasa ke situlah hati akan tertarik. Hati yang tiada pendirian.


Maka, kita sebagai mukmin perlulah memilih jalan mana yang hati kita hendak bertapak. Sama ada bersih atau kotor, sama ada hitam atau putih. Allah mengurniakan hati ini untuk menguji kita. Supaya dapatkah kita menjaganya sebaik mungkin. Sesungguhnya hati ini milik Dia, peliharalah untuk-Nya.