21 October 2013

Do you think its fair?

Assalamualaikum wbt.

Bismillah,

Sometime you just realized how unfair this world to you. Not what God made up to you but people. The human versus human. The same category, the same hair colours (ayat corny habes). The point is, apa yang kita lakukan kat dunia ni. Ada people yang akan jugde, ada people yang akan bercakap pasal kita dan ada people yang akan menghukum kita tanpa disuruh.

Apepon, the things are still the same. Like if we want or we doesn’t? Sebagai contoh, bila kita take care much about someone  tu. Tak kisahlah kawan ke, family ke, boyfriends or girlfriends. Kekadang it such being unfair bila tetiba dia menghilangkan diri dan tak contact kita langsung. Membuat kita dalam keadaan diombak seribu macam pertanyaan. Ada buat salah ke kita? Ada tersalah cakap ke kita? Aku ada buat dia tersinggung ke? Then the person remain silent like we are not really exist in this world. Are that person yang buat kita macam hell tertanya-tanya tu mati or sakit or BUSY sangat ke sampai even one word from he/she cannot make a communication langsung? Adil ke tu? Itu baru sebab tak contact or mendiamkan diri. Apa pulak kes manusia berbunuh sesame diri. Macam recently terjadi dekat Mesir or Gaza. Even with the relatives bertikam to each other macam binatang. Tiada perikemanusiaan langsung. Adakah ini semua adil??

That was the question I kept asked myself non-stop. Even I think there was nobody beside us whom we can even trust. The only one that just only we can trust is Allah. Hanya Dia tempat kita mengadu, hanya Dia boleh menghakimi dan hanya Dia yang melakukan segalanya. From that moment when I’m thinking just Him I can give myself, just Him I will obey.

gambar cheesy, corny words. google.com / tumblr quotes



P/s: Jump into conclusion. Answer yourself. Always make questioned.

19 October 2013

Membebel Overboard

Pagi Sabtu.

Bismillah, (terlupa, edit balik, thanks bro!)


Dingin pagi seperti biasa. Lepas baca novel 5 Tahun 5 Bulan dari Hlovate. Terasa nak berblogging balik. Hmmm dah 7 bulan aku tak sentuh blog ni. Habuk takyah cakap, dengan ulat, sarang labah beranak pinak tak cukup ruang. Hehe. Kiera, kiera, kau memang teruk wahai si ninja. Kali ni penulisan aku mungkin tak seperti dulu. Agak kearah kematangan dan lebih kepada input yang aku sampaikan. Berbanding dulu, sukalah sangat nak upload gambar merepek meraban sebab rasa lagi meriah entri kalau ada gambar yang cheesy habes.

Tak cukup dengan gambar tangkapan sendiri, search pulak kat pakcik google gambar2 yang rasa sesuai dengan entry. Perghhhh memang cheesy betul kau Makcik Kiera. Agas overboard sampai rase nak delete je segala entry yang memang layak dibaca oleh budak tadika. (aku gelak dengan ayat ni)

Dalam sedar tak sedar, aku dah pon masuk 21 tahun. (walau birthday kau lagi berapa hari je kiera. Its okaylah seolah kau dah masuk 21 lah tu) Selalu aku tanya diri sendiri, apa achievements yang kau dah pernah buat selama kau hidup 21 tahun ni. Jawapan yang selama aku dapat bila aku tanya soalan ni pada diri aku, tiada jawapan. Aku selalu dalam keadaan clueless, helpless, hopeless bilamana topik kehidupan ni muncul dalam benak kotak pemikiran ni.

Memang selalu orang cakap, “Tak semua apa yang kita nak kita dapat dan tak semua apa yang kita taknak kita tak dapat.” The point is kat sini, aku memang tak dapat achieved apa yang aku nak dalam life ni tapi so far aku rasa fair enough dan worth untuk aku teruskan.

First reason, aku ada Allah SWT yang selalu beri aku nikmat kat dunia ni tanpa ake sedar dan tak sedar. Dengan setiap hembusan nafas dan oksigen yang dia kurniakan untuk aku. Aku bongkak dan sombong sebab aku jarang ingat pada Dia sedangkan Dia selalu ingat pada aku. MashaAllah, bodohnya aku. Rasa nak punish diri ni dengan kelalaian aku mengejar dunia tanpa sesaat ingat pada Yang Satu. Sebab tu aku berdoa padaNya agar aku boleh senafas lagi hidup kat dunia menjadi hamba dia yang paling humble, mengikut segala perintahNya, menghindari segala laranganNya, patuh dan beribadah kepadaNya, menghargai segala nikmat diberi olehNya dan melayari fitrah aku sebagai khalifah dimuka bumi ini.

Second, aku ada parents and families yang aku boleh rely of. Benar aku punya family yang berpecah belah, masalah sana sini. Tapi itu bukan penghalang untuk aku give up dan ignore family aku. Aku ade reasons untuk terus hidup bersama mereka. Banyak lagi moment yang aku perlu cipta bersama mereka dan banyak lagi jasa yang aku perlu kenang untuk mereka. SubhanAllah, aku sayang family aku. No part of this world that I can rely off after my family, just them.

Third, bakal zauj aku. Jodoh dan pertemuan ditangan Tuhan. Tipu kalau aku cakap aku taknak kahwin. Aku adalah selemah lemah manusia yang tak boleh menolak fitrah untuk berpasangan. Kekadang aku rasa biarlah Allah kurniakan senafas lagi untuk aku berkahwin satu hari nanti. Nikmat menjadi zaujah pada zauj aku, mentaati the only orang luar yang masuk dalam family menjadi yang halal untuk kita. Itu adalah nikmat teragung yang aku takkan putus-putus sujud syukur pada Allah. Kalau boleh biarlah aku mati sebagai seorang isteri dan ibu kepada anak-anak yang aku didik dengan penuh kasih sayang. Biarlah pahala yang diperoleh dengan mentaati seorang suami, the only zauj yang aku sayang selepas Allah SWT  dan Rasulullah saw. Walau qada dan qadar kita tak tau. Namun aku terus berdoa semoga dipanjangkan umur untuk bertemu dengan bakal-sidia.

gambar cheesy lagi tak bertempat. nak letak jugak!!

p/s: nak sambung tidur balik. Adios.

01 March 2013

Syukran Jazilan

Assalamualaikum WBT,


Bismillah,
Maaf kerana sudah lama tak menulis diblog. Biasalah kehidupan ni penuh dengan pasang surut. Setiap kegembiraan pasti ada ujian dan setiap kedukaan mesti ade hikmahnya. Apepun sebagai hamba Allah SWT kita terus berdoa dan lebih mendekatkan diri padaNya. In shaa Allah.
Amboi intro awal-awal lagi dah bagi tazkirah.

Kenape dah lame tak berblogging? Hmm kenape yek??

  1. Pertama, sebab takde topik yang hendak diceritakan.
  2. Kedua, mood untuk berblogging kurang secara tiba-tiba.
  3. Ketiga, terlalu sibuk melayan perkara lain sampai terlupa kepada blog sendiri.
  4. Keempat, banyak sangat masalah yang hadir hingga tak kesampaian untuk berblogging.


550291_345376148890833_893534565_n_large


Aiceh sampai buat senarai kan. Heee, kali ini pun takde ape yang nak diketengahkan. Cume nak berpesan kepada yang kat luar sane. Hati yang ikhlas janganlah dibalas dengan perasaan ego yang tinggi. Cuba considerate dan dengar dulu ape yang hendak disampaikan. Apepon, syukran jazilan.

Okay, okay ade berita gembira. Budak semut sedang mengerjakan umrah sekarang. Alhamdulillah perjalanan pergi selamat sampai ke destinasi. Mudah-mudahan perjalanan pulang pon dilindungi Allah. Yang paling kelakar bila dia call semalam dari Masjid Nabawi, Madinah, dia cerita yang semua orang Arab kat sane tahu berbahasa melayu. Mungkin terlalu ramai orang Malaysia dan Indonesia menziarahi Tanah Arab sampai diorang pon tahu kita cakap ape kat diorang. Subhanallah. Takde jurang komunikasi kita kat sane. Contohnya, kalau kita tanya harga barang "Berapa harga?" maka diorang akan terus cakap "20 riyal" atau "5 riyal". Haha memang kelakar dan seronok kalau menetap disana. In shaa Allah satu hari nanti, ada rezeki sampai. Mudah-mudahan ^____^ *dapat ziarah makam nabi dan solat di mimbar Rasulullah, mashaAllah!





525036_3738996886942_1842534867_n_large

10 January 2013

Hobi vs Minat

Assalamualaikum WBT

Bismillah,
Hobi sesuatu yang didefinisikan sebagai perkara yang dibuat pada waktu lapang.
Minat pula adalah perkara yang kita sukai sama ada sesuatu perbuatan atau benda.

Hobi dan minat adalah berkait rapat. Jika kita minat sesuatu benda atau perkara itu, kita boleh lakukan sebagai hobi. Manakala hobi takkan dilakukan jika kita tiada minat. Disini terserlahlah keadik-beradikan hobi & minat tu yang saling berkait rapat. Tiada hobi kalau tiada minat. Tiada minat tiadalah hobi. Hehe begitulah, serabutkan? Aku pun berserabut masa menaip ni. *lol | (• ◡•)|

Berkata pasal hobi, salah satu hobi aku adalah fotografi. Aku sangat suka bidang fotografi ni sejak dari kecik lagi. Aku pernah apply untuk ambil bidang ni tetapi Multimedia pulak yang dapat. Takpelah lebih kurang je memandangkan bidang fotografi lebih fokus dan spesifik. Dimana-mana sahaja yang aku pandang bagi aku itu adalah art. Jadi bila perspektif itu lebih kepada art maka perkara itu perlulah kita rakamkan dan diabadikan. Sesetengah manusia lebih kepada bidang seni lukis, maka apa yang mereka tampak mereka abadikan diatas kanvas lukisan. Tapi bagi aku fotografi dan gambar adalah platform bagi aku.

Minat. Minat aku adalah mengambil gambar itu sendiri. Aku minat teknik dan skill yang diperincikan didalam sebuah kamera untuk kita mengambil sesuatu gambar itu. Perspektif aku bila mengatakan semua perkara adalah seni bilamasa aku memandang setiap perkara adalah sesuatu yang unik dan sukar diungkapkan. Bila aku rakamkan dalam unsur seni fotografi, aku rasa ia sesuatu yang kompleks untuk diluahkan. Indahnya ciptaan Allah kan Yang Maha Pencipta. Kalau boleh aku nak adaptasikan semua benda dan perkara dalam sebuah gambaran dengan cara penyampaiannya yang sukar dimengertikan. Sangat seronok!!!

Apabila kita ada hobi dan minat mestilah kita ada harapan dan cita-cita. Bagi aku satu je impian aku adalah membeli sebuah kamera. Pada awalnya itulah harapan aku yang sering terkubur. The Law of Attraction mengatakan apabila kita hendakkan sesuatu itu mestilah kita kena berusaha tapi pada masa yang sama kita kena positif yang kita mampu mendapatkan perkara itu dan sering menyebut atau meletakkan gambaran perkara itu didepan mata. Kemungkinan besar dan in shaa Allah, kamu akan memilikinya. Semestinya ubat yang paling mujarab adalah doa.


Teruskan Usaha Anda !

01 January 2013

Stress Sangat

Assalamualaikum WBT,

Dimulakan dengan bismillahhir rahmanirrahiim, 

Hai rakan-rakan readers, menyentuh mengenai stress. Setiap manusia akan mengalami stress akan certain situasi yang berlaku. Apa-apa jelah yang belaku terhadap individu itu contohnya kereta kena saman, barang naik harga ataupun mendengar budak kecil menangis.

Kiera pun akan mengalami stress tapi bukan untuk semua perkara dan mungkin tidak akan berpanjangan. Perkara yang kiera paling stress sangat ialah:
  1. Bila tak siapkan kerja yang diberi lecturer seperti assignment or project. Memang stress melampau sampai tak boleh tidur.
  2. Menunggu result exam. Hmm kalau pasal result mesti semua akan stress kan bila mengenangkan apalah keputusan yang kita dapat setelah berusaha sepanjang semester kan. 
  3. Apabila terdengar or terserempak dengan manusia bernama F. Okay itu hal personal tiada ulasan. 
  4. Baju tak basuh. Kalau dah bertimbun baju dalam bakul dan beli jenguk loker baju satu pun takde. Memang stress sebab takde baju nak dipakai. Yelah silap sendiri, siapa tak basuh baju awal-awal kan sampai dah berlonggok. Kenalah pergi basuh.
  5. Menguruskan hal kolej mase mula-mula  naik sem. Pantang betul kalau banyak urusan masa masuk sem sebab kena bangunan jauh-jauh. Lepas satu-satu fakulti nak kena jelajah supaya urusan selesai. Stress!
  6. Mak membebel. Itu benda common yang dirasai oleh anak-anak diseluruh dunia. Siapa suruh tak dengar cakap dia dan buat apa yang dia suruh. Padan muka! Syurga dibawah telapak kaki ibu 

Tengok, senarai panjang tak panjang sangatlah. Mungkin ada lagi faktor-faktor lain yang mengundang stress dalam diri. Tapi buat apa nak dikenang,  menambah lagi stress lagi ade lah.

Sebagai hamba Allah SWT, tak salah kita mengikut emosi tetapi jangan melampau. Apa hak kita untuk stress dan berperasaan lebih. Kehidupan, tubuh badan, otak dan hati ini semuanya dipinjamkan sementara oleh Allah SWT untuk kita jaga sebaik mungkin. Bayangkan setiap saat kita bernafas itu Allah yang beri, degupan jantung yang berdegup dengan irama tersendiri pun Allah bagi. Apa hak kita untuk marah, tak puas hati, maki hamun sedangkan kita hanya meminjam hak Allah. Subhanallah~ Sepatutnya kita lebih bersyukur dengan apa yang ada sebab Allah masih sayangkan kita. Beri pinjam lagi segala-galanya hari demi hari. 

Alhamdulillah kita masih beruntung. Taatlah pada Allah. Mengadulah pada Allah. Serahkan diri pada Allah. In shaa Allah, pelbagai ganjaran akan kita perolehi.