10 January 2013

Hobi vs Minat

Assalamualaikum WBT

Bismillah,
Hobi sesuatu yang didefinisikan sebagai perkara yang dibuat pada waktu lapang.
Minat pula adalah perkara yang kita sukai sama ada sesuatu perbuatan atau benda.

Hobi dan minat adalah berkait rapat. Jika kita minat sesuatu benda atau perkara itu, kita boleh lakukan sebagai hobi. Manakala hobi takkan dilakukan jika kita tiada minat. Disini terserlahlah keadik-beradikan hobi & minat tu yang saling berkait rapat. Tiada hobi kalau tiada minat. Tiada minat tiadalah hobi. Hehe begitulah, serabutkan? Aku pun berserabut masa menaip ni. *lol | (• ◡•)|

Berkata pasal hobi, salah satu hobi aku adalah fotografi. Aku sangat suka bidang fotografi ni sejak dari kecik lagi. Aku pernah apply untuk ambil bidang ni tetapi Multimedia pulak yang dapat. Takpelah lebih kurang je memandangkan bidang fotografi lebih fokus dan spesifik. Dimana-mana sahaja yang aku pandang bagi aku itu adalah art. Jadi bila perspektif itu lebih kepada art maka perkara itu perlulah kita rakamkan dan diabadikan. Sesetengah manusia lebih kepada bidang seni lukis, maka apa yang mereka tampak mereka abadikan diatas kanvas lukisan. Tapi bagi aku fotografi dan gambar adalah platform bagi aku.

Minat. Minat aku adalah mengambil gambar itu sendiri. Aku minat teknik dan skill yang diperincikan didalam sebuah kamera untuk kita mengambil sesuatu gambar itu. Perspektif aku bila mengatakan semua perkara adalah seni bilamasa aku memandang setiap perkara adalah sesuatu yang unik dan sukar diungkapkan. Bila aku rakamkan dalam unsur seni fotografi, aku rasa ia sesuatu yang kompleks untuk diluahkan. Indahnya ciptaan Allah kan Yang Maha Pencipta. Kalau boleh aku nak adaptasikan semua benda dan perkara dalam sebuah gambaran dengan cara penyampaiannya yang sukar dimengertikan. Sangat seronok!!!

Apabila kita ada hobi dan minat mestilah kita ada harapan dan cita-cita. Bagi aku satu je impian aku adalah membeli sebuah kamera. Pada awalnya itulah harapan aku yang sering terkubur. The Law of Attraction mengatakan apabila kita hendakkan sesuatu itu mestilah kita kena berusaha tapi pada masa yang sama kita kena positif yang kita mampu mendapatkan perkara itu dan sering menyebut atau meletakkan gambaran perkara itu didepan mata. Kemungkinan besar dan in shaa Allah, kamu akan memilikinya. Semestinya ubat yang paling mujarab adalah doa.


Teruskan Usaha Anda !

3 comments:

mekjangok said...

salam kiera....apa khabar?lama x borak dgn ko...background dah lain,santek la!..

Nurul Syakira Zainal said...

@mekjangok: wassalam, khabar baik. thanks akak. in shaa Allah kita borak nanti.

Akeyla Azmi said...

:D :D :D