01 January 2013

Stress Sangat

Assalamualaikum WBT,

Dimulakan dengan bismillahhir rahmanirrahiim, 

Hai rakan-rakan readers, menyentuh mengenai stress. Setiap manusia akan mengalami stress akan certain situasi yang berlaku. Apa-apa jelah yang belaku terhadap individu itu contohnya kereta kena saman, barang naik harga ataupun mendengar budak kecil menangis.

Kiera pun akan mengalami stress tapi bukan untuk semua perkara dan mungkin tidak akan berpanjangan. Perkara yang kiera paling stress sangat ialah:
  1. Bila tak siapkan kerja yang diberi lecturer seperti assignment or project. Memang stress melampau sampai tak boleh tidur.
  2. Menunggu result exam. Hmm kalau pasal result mesti semua akan stress kan bila mengenangkan apalah keputusan yang kita dapat setelah berusaha sepanjang semester kan. 
  3. Apabila terdengar or terserempak dengan manusia bernama F. Okay itu hal personal tiada ulasan. 
  4. Baju tak basuh. Kalau dah bertimbun baju dalam bakul dan beli jenguk loker baju satu pun takde. Memang stress sebab takde baju nak dipakai. Yelah silap sendiri, siapa tak basuh baju awal-awal kan sampai dah berlonggok. Kenalah pergi basuh.
  5. Menguruskan hal kolej mase mula-mula  naik sem. Pantang betul kalau banyak urusan masa masuk sem sebab kena bangunan jauh-jauh. Lepas satu-satu fakulti nak kena jelajah supaya urusan selesai. Stress!
  6. Mak membebel. Itu benda common yang dirasai oleh anak-anak diseluruh dunia. Siapa suruh tak dengar cakap dia dan buat apa yang dia suruh. Padan muka! Syurga dibawah telapak kaki ibu 

Tengok, senarai panjang tak panjang sangatlah. Mungkin ada lagi faktor-faktor lain yang mengundang stress dalam diri. Tapi buat apa nak dikenang,  menambah lagi stress lagi ade lah.

Sebagai hamba Allah SWT, tak salah kita mengikut emosi tetapi jangan melampau. Apa hak kita untuk stress dan berperasaan lebih. Kehidupan, tubuh badan, otak dan hati ini semuanya dipinjamkan sementara oleh Allah SWT untuk kita jaga sebaik mungkin. Bayangkan setiap saat kita bernafas itu Allah yang beri, degupan jantung yang berdegup dengan irama tersendiri pun Allah bagi. Apa hak kita untuk marah, tak puas hati, maki hamun sedangkan kita hanya meminjam hak Allah. Subhanallah~ Sepatutnya kita lebih bersyukur dengan apa yang ada sebab Allah masih sayangkan kita. Beri pinjam lagi segala-galanya hari demi hari. 

Alhamdulillah kita masih beruntung. Taatlah pada Allah. Mengadulah pada Allah. Serahkan diri pada Allah. In shaa Allah, pelbagai ganjaran akan kita perolehi.



No comments: