01 March 2013

Syukran Jazilan

Assalamualaikum WBT,


Bismillah,
Maaf kerana sudah lama tak menulis diblog. Biasalah kehidupan ni penuh dengan pasang surut. Setiap kegembiraan pasti ada ujian dan setiap kedukaan mesti ade hikmahnya. Apepun sebagai hamba Allah SWT kita terus berdoa dan lebih mendekatkan diri padaNya. In shaa Allah.
Amboi intro awal-awal lagi dah bagi tazkirah.

Kenape dah lame tak berblogging? Hmm kenape yek??

  1. Pertama, sebab takde topik yang hendak diceritakan.
  2. Kedua, mood untuk berblogging kurang secara tiba-tiba.
  3. Ketiga, terlalu sibuk melayan perkara lain sampai terlupa kepada blog sendiri.
  4. Keempat, banyak sangat masalah yang hadir hingga tak kesampaian untuk berblogging.


550291_345376148890833_893534565_n_large


Aiceh sampai buat senarai kan. Heee, kali ini pun takde ape yang nak diketengahkan. Cume nak berpesan kepada yang kat luar sane. Hati yang ikhlas janganlah dibalas dengan perasaan ego yang tinggi. Cuba considerate dan dengar dulu ape yang hendak disampaikan. Apepon, syukran jazilan.

Okay, okay ade berita gembira. Budak semut sedang mengerjakan umrah sekarang. Alhamdulillah perjalanan pergi selamat sampai ke destinasi. Mudah-mudahan perjalanan pulang pon dilindungi Allah. Yang paling kelakar bila dia call semalam dari Masjid Nabawi, Madinah, dia cerita yang semua orang Arab kat sane tahu berbahasa melayu. Mungkin terlalu ramai orang Malaysia dan Indonesia menziarahi Tanah Arab sampai diorang pon tahu kita cakap ape kat diorang. Subhanallah. Takde jurang komunikasi kita kat sane. Contohnya, kalau kita tanya harga barang "Berapa harga?" maka diorang akan terus cakap "20 riyal" atau "5 riyal". Haha memang kelakar dan seronok kalau menetap disana. In shaa Allah satu hari nanti, ada rezeki sampai. Mudah-mudahan ^____^ *dapat ziarah makam nabi dan solat di mimbar Rasulullah, mashaAllah!





525036_3738996886942_1842534867_n_large

1 comment:

Harlina Al Hamra said...

Salam,

Maaf mencelah. Sekadar perkongsian sahaja. Orang Arab Saudi tak reti dan tak faham Bahasa Melayu. Bahasa Inggeris pun sebahagian dari nya sahaja yang tahu. Dalam 25%. Yang lain semua tak mahir bahasa Inggeris. Apatah lagi Bahasa Melayu.

Kebiasaannya, "orang arab" yang dikatakan dalam entri di atas yang fasih bahasa Melayu tu bukanlah orang Arab. Tapi mereka adalah pekerja yang bekerja di Saudi. Mereka berbangsa Bangladesh, Pakistan, India etc. Mereka sgt mahir dan fasih dalam semua bahasa di dunia. Al maklumla, setiap hari2 bertemu dengan jemaah umrah dan haji yang berbagai jenis bangsa dan budaya.

wallahu alam :)