10 December 2014

Hari Bakal Datang

Hari yang dinanti bakal menjelang. Persiapan sedang dibuat. Riuh satu kampung bagai kendarat. Itu dan ini harus diteruskan. Debar dihati siapa yang tahu. Bakal menanti dia dihadapan. Setiap malam susah nak tidur. Memikirkan apa akan terjadi akan datang. Apakah perlu aku buat? Moga Allah permudahkan. Hanya Allah sahaja tahu. Debaran yang dirasai. Harap ini yang pertama juga yang terakhir.

17 October 2014

Perempuan dan Kematian

Assalamualaikum wbt,

Bismillahirrahmanirrahim,

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah Azza wajalla kerana masih beri kesempatan untuk kakyong menulis di blog ini. Baru ni kakyong ada terbaca satu kisah di acc instagram @pecintarasulullah dimana kisah puteri Nabi swt, Saidatina Fatimah AzZahra yakni anak kepada baginda. Jadi kakyong share kan kisahnya disini. Hayatilah keteguhan iman anak Rasulullah s.a.w. ini dalam menjaga agama dan peribadi sebagai seorang muslimah sejati. Mengalir terus airmata ini.

"Sayyidah Fatimah Azzahra puteri tercinta Rasulullah, ketika berada di depan rumah Baginda, tiba-tiba ada jenazah yang hendak dibawa itu  lalu di depan sayyidah Fatimah Azzahra. Saat itu Sayyidah Fatimah bersama Sayyidah Asma binti khumaisy yang biasa menemani dan menghibur Sayyidah Fatimah setelah kepergian Rasulullah.

Menangis Sayyidah Fatimah teresak-esak hingga membuat Sayyidah Asma panik lalu Beliau bertanya, “ wahai Putri Rasulillah, kenapa engkau menangis melihat janazah itu? ada apa dengan janazah itu?

”Sayyidah Fatimah menjawab, setiap orang yang mati akan dibungkus dengan kain kafan yang rapat lalu akan di bawa ke perkuburan dengan di pikul oleh orang-orang yang membawanya?” *dahulu jika ada yang meninggal akan dipikul di atas bahu

Lalu Sayyyidah Asma menjawab, “Tentu wahai putri Rasulullah?”.
Lalu kata Sayyidah Fatimah,” Dan akupun kelak akan di bawa kekubur seperti itu?” Sayyidah Asma menjawab “Na'am Ya bintu Rasulillah”. Lalu Sayyidah Fatimah,"Sebab itu yang menjadikan aku menangis, sungguh aku sangat malu jika nanti aku meninggal, kemudian di bungkus kain kafan dengan rapat lalu di angkat di atas bahu orang-orang yang membawaku kekubur, sementara orang yang mengiring janazahku akan melihatku, sungguh aku sangat malu saat itu mereka akan melihat lekuk-lekuk tubuhku".

Kemudian Sayyidah Asma berkata ” wahai putri Rasulullah, dahulu aku ke negeri Habsyah aku melihat janazah yang di bawa kekubur, janazah diletakkan di sebuah tempat yang di sebut keranda, aku pikir itu boleh menutupi pandangan orang dari melihat lekuk tubuh janazah yang dibawa”. Mendengar cerita Sayyidah Asma ini tiba-tiba tangis Sayyidah Fatimah terhenti, dan wajah nya berubah berseri-seri sambil berkata "Wahai Asma sungguh aku berwasiat, jika aku mati nanti tolong buatkan aku keranda mayat seperti yang engkau ceritakan agar lekuk tubuhku tidak terlihat saat di bawa kekuburan".

Dan benar setelah Sayyidah Fatimah meninggal, maka di buatlah keranda untuknya.

Saat ini, di zaman ini! Adakah sifat mulia sayyidah Fatimah terbenak pada wanita yang berada di sekeliling kita?

Ya Allah buka kanlah pintu hati kami agar keagunganMu menetap didalam Hati-hati Kami."

P/s: Moga Allah Taala mengurniakan rahmat atas kita sekelian nisa' untuk tinggi sifat malu dan mentaati Allah serta RasulNya.

Wanita ibarat sekuntum bunga yang mana bila dijaga rapi kuntumannya, maka kekal dan mekarlah ia sehingga keakhirnya. MashaAllah!

16 October 2014

Cabaran I Love You

Assalamualaikum wbt.


Bismillahirrahmanirrahim, nampaknye blogging bukan lagi bidang bagi kakyong untuk terus konsisten dalam arena ni hehe. Memang untuk mendapatkan satu pos mungkin ambil masa dalan 3-6 bulan sekali. Lama dah sebenarnya kakyong nak teruskan blogging tapi kesempatan tu takde. Idea ade, cuma kerajinan tu yang tak memberi peluang pada kakyong. Nasib baiklah kakyong ambil inisiatif untuk teruskan blogging by phone's apps je.


Kali ni kakyong nak share about cabaran iloveyou by faizdickie. Apakah cabaran ni? Haaaa..untuk pengetahuan semua ada sorang instagrammer or vlogger yg sangat famous nowadays yg bernama FAIZDICKIEVP yg sering membuat video lawak sebagai mempamerkan ragam manusia. Abam faiz ni suke berubah jadi perempuan untuk menjadikan lawak dan mesej dia berkesan. Kakyong pon baru je tahu dan kenal dia bile start ada org viralkan video dia di ig.


Okay, berbalik pada cabaran tadi. Abam faiz kite ni mencabar setiap ig users untuk send texts or calls ahli keluarga, sahabat handai atau orang yg disayangi untuk ucapkan i love you pada mereka. Iyalah, bukan mudah untuk kita nak luahkan pada seseorang terutama pada ahli keluarga yang kita sayang pada mereka walaupun mereka org paling dekat dgn kita. Benda paling awkward is tetibe kite pegi cakap kat mom or dad kita "I love you". Tak ke mereka fikir buang tebiat ke kita merepek tak tentu hala atau mereka akan fikir yang kita akan mati tak lama lagi. Walhal, itulah kata kata yg patut kita ucap sekarang sebelum terlambat sebelum mereka sudah tiada nanti. Jadi setiap moment adalah precious sebenarnya bagi kita untuk menghargai orang disekeliling. Lagipon berbuat baik sesama manusia itu adalah tuntutan sebagai orang Islam.


Loading
Kau tengok dalam filem orang putih, ayat I Love You atau Saya Sayang Awak itu begitu senang diucapkan diantara ahli keluarga.  Tapi cuba tetiba kau telefon mak kau then kau cakap saya sayang mak, mesti dia akan reply 'kau dah kenapa tetiba ni?' Haha takpun, dia akan reply elok-elok tapi dalam hati dia dah terdetik 'anak aku akan menemui ajal kah?' Haha #komiksengal #kaklehabunting #pakleman Bila the last time korang zahirkan perkataan sayang kat parents or ahli keluarga korang? Those #villagepeople yang selalu amalkan, baguslah. Tapi abang rasa ramai je yang jenis awkward nak cakap i love you or zahirkan rasa sayang kat ahli keluarga kan? Padahalll, bila ckp kat gf or bf kemain senang siap bunyi muah muah lagik haha So, apa kata abang cabar korang. If korang tak pernah or dah lama tak cakap i love you kat someone yang bermakna dalam hidup korang, be it your parents, siblings or best friends, gi call or text dorang and cakap benda tu. Yes. Korang mesti cakap 'elehh aku tak cakap tapi aku tunjuk kasih sayang aku' yeppp itu betul tapi apa salahnya kau zahirkan if you really mean it? Sebab apa? Sebab once dorang dah takde, kau takkan ada peluang lagi untuk cakap benda tu kat dorang! Believe me, i've been in that situation ok. Plus, it would be interesting to see how they would react kan? Adakah dorang akan cakap I Love You balik or dorang akan gelak awkward. Go do it! If korang dapat record or print screen apa yang dorang reply, post it on your IG and letak hashtag #cabaraniloveyoufaizdickie haha  P/S: Thanks for the kind words kat my previous post ok? Percayalah, i didnt get to say i love you to my mak when she was alive. Those yang ada mak lagi should definitely do this challenge! Hew hew


Nak dipendekkan cerita *padahal dah panjang dah*, jadi kakyong menyahut cabaran ini dengan menghantar ucapan iloveyou kepada keluarga dan sahabat kakyong. Alhamdulillah, replies from them are priceless. Tak sia sia kakyong buat cabaran ni, instead kakyong tak rasa loveless and lonely. I realised there are still some human in this world that are still care and remember about me. Thanks and syukran semua *walaupun still ada yang belum reply*

Kakyong sayang semua. I LOVE YOU!!


30 April 2014

Sabar, sabar!

Assalamualaikum wbt.

Bismillah. Alhamdulillah, Allah masih kurniakan kudrat ni untuK dapatkan secebis ilmu. Demi kebaikan mase depan dan sejagat. 

Kali ni nak cerita pasal marah. Marah itu fitrah. Yang telah Allah tempatkan dalam diri setiap manusia. Reaksi pada sesuatu yg menguji kesabaran kita. Perasaan ini tidak akan hilang malah mungkin akan bertambah mengikut situasi.

Marah ini bukanlah kerana kita ni sudah menjadi jahat. Bukanlah juga perasaan ni tak bagus. Namun jika hilang perlulah di adakan. Tujuan marah itu demi memerangi orang kafir. Jika tiada marah masakan kita ada perasaan benci pada golongan yang membenci Baginda. Ada masalah pada iman seseorang jika dia tidak merasa marah jika ada golongan yang menghina Nabi. Nauzubillah minzalik.

Dalam mencegah kemarahan. Hendaklah bersabar dalam menjauhinya. Anggap itu ujian dari Allah dalam menguji tahap kesabaran kita sebagai muslim sejati. Marah perlulah dipecahkan dan dibahagikan ikut keperluan. Bukan pada perkara yang tidak sepatutnya. Marahlah pada perkara yang munasabah dan mengikut tempat. Rasulullah saw menggalakkan kita menegah segala kejahatan dan menyuruh buat kebaikan.

Marah perlu dikawal dgn ilmu dan akal. Kita perlu bijak dalam menangani marah. Kadang- kadang Allah turunkan sesuatu dengan kehendakNya, jadi tahanlah marah.

Bagaimana hendak mengawal marah anda??

Jika anda sedang marah ketika berdiri maka duduklah untuk kawal kemarahan. Namun jika dengan duduk masih tak dapat kawal marah maka berbaringlah. Walau dgn berbaring pun masih tidak berjaya maka bangun dan ambillah wuduk. In shaa Allah dapat menghindar dari godaan syaitan yang menghasut kita.

Marah ini ibarat bara api dalam hati manusia. Jika kita dapat kawal kemarahan ini, nescaya Allah akan kurniakan keredhaanNya pada kita diakhirat nanti.
Ameen.


posted from Bloggeroid

28 April 2014

Self-Concious

Assalamualaikum wbt.

Bismillah. Tak disangka umur dah cecah 22 tahun. Ingat lagi masa mula2 blogging. Mengenal apa itu blog and writing. Siap beli buku bagai demi nak mendalami bidang blogging ni. Masa tu umur masih mentah,
habis sekolah. Baru nak mengenal apa itu dunia.

Dalam menjalani 4 tahun hidup sebagai student dan dalam masa yg sama menginjak umur awal 20an. Pelbagai liku dan ranjau sudah diharungi baik dari faktor fizikal, mental, sosial dan emosi malah rohani. Dari itu baru diri ni tersedar yg bukan senang nak mengharungi dunia ini dan memvasuki apa itu KEMATANGAN. Semua itu proses dalam mengenal diri sendiri, tujuan, tuhan dan masa depan. Jiwa yg membakar ni berapi dalam hendak mencapai pelbagai aspek. Jatuh bangun, caci maki, suka duka, pahit manis, salah silap, miskin kaya. Apa sahaja akan mencakupi seluruh kehidupan ni.

Dewasa ini, aku dalam proses STRUGGLE dimana ingin mencapai sesuatu dalam waktu yg singkat. Angan besar namun terasa kecil dan kerdil diri ini untuk menggapai. Kadang masa itu bagai terlalu lambat dan kadang masa bagai terlalu cepat. Otak ni sentiasa berjalan memikirkan NEXT STEP apa yg patut aku lakukan. Emosi bagaikan satu memusuhi fikiran dan diri. Buatkan jiwa jadi lemah, putus asa dan kurang motivasi.

Bila dibawah, baru aku teringat SIAPA yang menjadikan diri ini. Yang mewujudkan aku dengan tujuan sesuatu dimuka bumi ini. Aku tahu aku perlu laksanakan tugas itu dengan penuh dedikasi dan tanggungjawab. Aku perlu hipnotasi diri ini agar lebih kuat utk memegang amanah itu.

Dalam pada itu, aku dapat JOB lagi. Job yang aku tak sangka aku akan buat satu hari nanti. Dan job itu telah pon aku laksana dan alhamdulillah hasil dan rezeki itu ada.



Aku tahu wujudnya aku ada makna. Tidak sia2 dan berguna. Bersyukur aku. AZZA WAJALLA masih sayangkan aku. Dan Dia akan terus menyayangi HAMBANYA.

posted from Bloggeroid

26 April 2014

Aching Everywhere

Assalamualaikum wbt.

Bismillah. Hari yang baru untuk permulaan yang baru. Dah takde student life, zaman remaja, enjoy and have fun. Dah takde semua tu.

Ini masenya untuk memikirkan masa depan yang lebih cerah. Berdepan dengan realiti yang selalunya indah khabar dari rupa. Kita masih ada iman, masih ada takwa dan masih ada Allah. Tiada alasan untuk lari dari konteks tu.

Membuat kesilapan demi kesilapan. Itulah proses pembelajaran, dalam mengenal erti kehidupan. Ilmu itu berterabur, berselerak. Sifatnya merata tidak pernah fix. Kita yang patut membuka minda. Memberi ruang pada hati untuk menerima. Siapa kita dan tujuan kita. Dalam mencorak kehidupan yg lebih realitas dan maju.

Benar, tidak pernah salah. Kehidupan umpama penjara yang penuh batasan. Dalam dewasa ini, untuk kita fokus pada sesuatu banyak faktor akan menghalang. Contoh, persekitaran, emosi, manusia, nafsu, akal malah kehendak. Elemen- elemen inilah yang kadang menyekat utk kite bergerak. Membuat sesuatu yang lebih inisiatif dan efektif. Dan kadang merosak kita dan lebih teruk 'menjahanamkan' kita.

Apa yang perlu kita buat?? Diam? Buat bodoh je?

Masing-masing ada jawapan tu dalam diri. Teruskan perjalanan. Jangan takut. Maju. Kerana sifat kita begitu, fitrah kita begitu, tugas kita begitu. Takkan boleh berpatah kerana masa terus berjalan. Membentengkan kita dengan masa silam. Malah pada seminit yg lepas atau sesaat yg lepas.

Siapakah dan mampukah kita utk menghalang??

Jawapannya tidak dan bukan siapa-siapa.

DIA, yang maha segalanya. Memerhati dan menjadikan. Menurut dan mengikut. Itu tugas kita. Jangan putus asa. Teruskan perjalanan ini dengan bijak. Maju.

posted from Bloggeroid

Bloggeroid

Assalamualaikum wbt.

Bismillah. Ehem ehem testing. Nampaknye ini kali pertama aku berblog gune fon. Well, its my first try. Dan tak lain tak bukan post yg rasenye pertama dalam tahun ni. Haha ape nak jadi lah aku ni.

Dalam pada menyepi ni, dah banyak perkara berlaku dalam hidup. Sedar tak sedar. Harapnye semuanya berjalan lancar dan takdelah aral gamoknye. Moga dipermudahkan semua urusan oleh Allah SWT.

Okay......awkward!!! Sebabnye dah lame sgt tak mengepost. Mcm nilah jadinye. Nak susun ayat pon lintang pukang. Lagilah nak berbahasa formal.

Btw, moga permulaan ini adalah yg baik dan biarlah juga pengakhirannya jugq baik.

Adios!!

posted from Bloggeroid