26 April 2014

Aching Everywhere

Assalamualaikum wbt.

Bismillah. Hari yang baru untuk permulaan yang baru. Dah takde student life, zaman remaja, enjoy and have fun. Dah takde semua tu.

Ini masenya untuk memikirkan masa depan yang lebih cerah. Berdepan dengan realiti yang selalunya indah khabar dari rupa. Kita masih ada iman, masih ada takwa dan masih ada Allah. Tiada alasan untuk lari dari konteks tu.

Membuat kesilapan demi kesilapan. Itulah proses pembelajaran, dalam mengenal erti kehidupan. Ilmu itu berterabur, berselerak. Sifatnya merata tidak pernah fix. Kita yang patut membuka minda. Memberi ruang pada hati untuk menerima. Siapa kita dan tujuan kita. Dalam mencorak kehidupan yg lebih realitas dan maju.

Benar, tidak pernah salah. Kehidupan umpama penjara yang penuh batasan. Dalam dewasa ini, untuk kita fokus pada sesuatu banyak faktor akan menghalang. Contoh, persekitaran, emosi, manusia, nafsu, akal malah kehendak. Elemen- elemen inilah yang kadang menyekat utk kite bergerak. Membuat sesuatu yang lebih inisiatif dan efektif. Dan kadang merosak kita dan lebih teruk 'menjahanamkan' kita.

Apa yang perlu kita buat?? Diam? Buat bodoh je?

Masing-masing ada jawapan tu dalam diri. Teruskan perjalanan. Jangan takut. Maju. Kerana sifat kita begitu, fitrah kita begitu, tugas kita begitu. Takkan boleh berpatah kerana masa terus berjalan. Membentengkan kita dengan masa silam. Malah pada seminit yg lepas atau sesaat yg lepas.

Siapakah dan mampukah kita utk menghalang??

Jawapannya tidak dan bukan siapa-siapa.

DIA, yang maha segalanya. Memerhati dan menjadikan. Menurut dan mengikut. Itu tugas kita. Jangan putus asa. Teruskan perjalanan ini dengan bijak. Maju.

posted from Bloggeroid

No comments: