30 April 2014

Sabar, sabar!

Assalamualaikum wbt.

Bismillah. Alhamdulillah, Allah masih kurniakan kudrat ni untuK dapatkan secebis ilmu. Demi kebaikan mase depan dan sejagat. 

Kali ni nak cerita pasal marah. Marah itu fitrah. Yang telah Allah tempatkan dalam diri setiap manusia. Reaksi pada sesuatu yg menguji kesabaran kita. Perasaan ini tidak akan hilang malah mungkin akan bertambah mengikut situasi.

Marah ini bukanlah kerana kita ni sudah menjadi jahat. Bukanlah juga perasaan ni tak bagus. Namun jika hilang perlulah di adakan. Tujuan marah itu demi memerangi orang kafir. Jika tiada marah masakan kita ada perasaan benci pada golongan yang membenci Baginda. Ada masalah pada iman seseorang jika dia tidak merasa marah jika ada golongan yang menghina Nabi. Nauzubillah minzalik.

Dalam mencegah kemarahan. Hendaklah bersabar dalam menjauhinya. Anggap itu ujian dari Allah dalam menguji tahap kesabaran kita sebagai muslim sejati. Marah perlulah dipecahkan dan dibahagikan ikut keperluan. Bukan pada perkara yang tidak sepatutnya. Marahlah pada perkara yang munasabah dan mengikut tempat. Rasulullah saw menggalakkan kita menegah segala kejahatan dan menyuruh buat kebaikan.

Marah perlu dikawal dgn ilmu dan akal. Kita perlu bijak dalam menangani marah. Kadang- kadang Allah turunkan sesuatu dengan kehendakNya, jadi tahanlah marah.

Bagaimana hendak mengawal marah anda??

Jika anda sedang marah ketika berdiri maka duduklah untuk kawal kemarahan. Namun jika dengan duduk masih tak dapat kawal marah maka berbaringlah. Walau dgn berbaring pun masih tidak berjaya maka bangun dan ambillah wuduk. In shaa Allah dapat menghindar dari godaan syaitan yang menghasut kita.

Marah ini ibarat bara api dalam hati manusia. Jika kita dapat kawal kemarahan ini, nescaya Allah akan kurniakan keredhaanNya pada kita diakhirat nanti.
Ameen.


posted from Bloggeroid

No comments: