28 April 2014

Self-Concious

Assalamualaikum wbt.

Bismillah. Tak disangka umur dah cecah 22 tahun. Ingat lagi masa mula2 blogging. Mengenal apa itu blog and writing. Siap beli buku bagai demi nak mendalami bidang blogging ni. Masa tu umur masih mentah,
habis sekolah. Baru nak mengenal apa itu dunia.

Dalam menjalani 4 tahun hidup sebagai student dan dalam masa yg sama menginjak umur awal 20an. Pelbagai liku dan ranjau sudah diharungi baik dari faktor fizikal, mental, sosial dan emosi malah rohani. Dari itu baru diri ni tersedar yg bukan senang nak mengharungi dunia ini dan memvasuki apa itu KEMATANGAN. Semua itu proses dalam mengenal diri sendiri, tujuan, tuhan dan masa depan. Jiwa yg membakar ni berapi dalam hendak mencapai pelbagai aspek. Jatuh bangun, caci maki, suka duka, pahit manis, salah silap, miskin kaya. Apa sahaja akan mencakupi seluruh kehidupan ni.

Dewasa ini, aku dalam proses STRUGGLE dimana ingin mencapai sesuatu dalam waktu yg singkat. Angan besar namun terasa kecil dan kerdil diri ini untuk menggapai. Kadang masa itu bagai terlalu lambat dan kadang masa bagai terlalu cepat. Otak ni sentiasa berjalan memikirkan NEXT STEP apa yg patut aku lakukan. Emosi bagaikan satu memusuhi fikiran dan diri. Buatkan jiwa jadi lemah, putus asa dan kurang motivasi.

Bila dibawah, baru aku teringat SIAPA yang menjadikan diri ini. Yang mewujudkan aku dengan tujuan sesuatu dimuka bumi ini. Aku tahu aku perlu laksanakan tugas itu dengan penuh dedikasi dan tanggungjawab. Aku perlu hipnotasi diri ini agar lebih kuat utk memegang amanah itu.

Dalam pada itu, aku dapat JOB lagi. Job yang aku tak sangka aku akan buat satu hari nanti. Dan job itu telah pon aku laksana dan alhamdulillah hasil dan rezeki itu ada.



Aku tahu wujudnya aku ada makna. Tidak sia2 dan berguna. Bersyukur aku. AZZA WAJALLA masih sayangkan aku. Dan Dia akan terus menyayangi HAMBANYA.

posted from Bloggeroid

No comments: