16 October 2014

Cabaran I Love You

Assalamualaikum wbt.


Bismillahirrahmanirrahim, nampaknye blogging bukan lagi bidang bagi kakyong untuk terus konsisten dalam arena ni hehe. Memang untuk mendapatkan satu pos mungkin ambil masa dalan 3-6 bulan sekali. Lama dah sebenarnya kakyong nak teruskan blogging tapi kesempatan tu takde. Idea ade, cuma kerajinan tu yang tak memberi peluang pada kakyong. Nasib baiklah kakyong ambil inisiatif untuk teruskan blogging by phone's apps je.


Kali ni kakyong nak share about cabaran iloveyou by faizdickie. Apakah cabaran ni? Haaaa..untuk pengetahuan semua ada sorang instagrammer or vlogger yg sangat famous nowadays yg bernama FAIZDICKIEVP yg sering membuat video lawak sebagai mempamerkan ragam manusia. Abam faiz ni suke berubah jadi perempuan untuk menjadikan lawak dan mesej dia berkesan. Kakyong pon baru je tahu dan kenal dia bile start ada org viralkan video dia di ig.


Okay, berbalik pada cabaran tadi. Abam faiz kite ni mencabar setiap ig users untuk send texts or calls ahli keluarga, sahabat handai atau orang yg disayangi untuk ucapkan i love you pada mereka. Iyalah, bukan mudah untuk kita nak luahkan pada seseorang terutama pada ahli keluarga yang kita sayang pada mereka walaupun mereka org paling dekat dgn kita. Benda paling awkward is tetibe kite pegi cakap kat mom or dad kita "I love you". Tak ke mereka fikir buang tebiat ke kita merepek tak tentu hala atau mereka akan fikir yang kita akan mati tak lama lagi. Walhal, itulah kata kata yg patut kita ucap sekarang sebelum terlambat sebelum mereka sudah tiada nanti. Jadi setiap moment adalah precious sebenarnya bagi kita untuk menghargai orang disekeliling. Lagipon berbuat baik sesama manusia itu adalah tuntutan sebagai orang Islam.


Loading
Kau tengok dalam filem orang putih, ayat I Love You atau Saya Sayang Awak itu begitu senang diucapkan diantara ahli keluarga.  Tapi cuba tetiba kau telefon mak kau then kau cakap saya sayang mak, mesti dia akan reply 'kau dah kenapa tetiba ni?' Haha takpun, dia akan reply elok-elok tapi dalam hati dia dah terdetik 'anak aku akan menemui ajal kah?' Haha #komiksengal #kaklehabunting #pakleman Bila the last time korang zahirkan perkataan sayang kat parents or ahli keluarga korang? Those #villagepeople yang selalu amalkan, baguslah. Tapi abang rasa ramai je yang jenis awkward nak cakap i love you or zahirkan rasa sayang kat ahli keluarga kan? Padahalll, bila ckp kat gf or bf kemain senang siap bunyi muah muah lagik haha So, apa kata abang cabar korang. If korang tak pernah or dah lama tak cakap i love you kat someone yang bermakna dalam hidup korang, be it your parents, siblings or best friends, gi call or text dorang and cakap benda tu. Yes. Korang mesti cakap 'elehh aku tak cakap tapi aku tunjuk kasih sayang aku' yeppp itu betul tapi apa salahnya kau zahirkan if you really mean it? Sebab apa? Sebab once dorang dah takde, kau takkan ada peluang lagi untuk cakap benda tu kat dorang! Believe me, i've been in that situation ok. Plus, it would be interesting to see how they would react kan? Adakah dorang akan cakap I Love You balik or dorang akan gelak awkward. Go do it! If korang dapat record or print screen apa yang dorang reply, post it on your IG and letak hashtag #cabaraniloveyoufaizdickie haha  P/S: Thanks for the kind words kat my previous post ok? Percayalah, i didnt get to say i love you to my mak when she was alive. Those yang ada mak lagi should definitely do this challenge! Hew hew


Nak dipendekkan cerita *padahal dah panjang dah*, jadi kakyong menyahut cabaran ini dengan menghantar ucapan iloveyou kepada keluarga dan sahabat kakyong. Alhamdulillah, replies from them are priceless. Tak sia sia kakyong buat cabaran ni, instead kakyong tak rasa loveless and lonely. I realised there are still some human in this world that are still care and remember about me. Thanks and syukran semua *walaupun still ada yang belum reply*

Kakyong sayang semua. I LOVE YOU!!


No comments: